Rakyat Bercakap Tentang Kehidupan Yang Tertekan, UMNO Bercakap Tentang Mercedes

Tuesday, July 29, 2008


Dalam masa rakyat bercakap tentang kehidupan yang tertekan akibat kenaikan harga minyak, kesusahan dan kemiskinan, pemimpin UMNO bercakap tentang samada hendak menggunakan Mercedes E200 Kompressor atau Proton Perdana V6 Executive. Anggota Parlimen Kubang Kerian, YB Salahudin Ayob berkata, pemimpin UMNO sering bercakap tentang integriti, buat pelan integriti, namun rasuah menjadi amalan negara.

Beliau berkata pemimpin UMNO khususnya di Terengganu bukan berbincang bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat, tetapi berbincang tentang masalah kereta yang hendak digunakan oleh kerajaan.

”Bukan mereka bincang bagaimana nak mengeluarkan negeri Terengganu dari kemiskinan, bukan mereka bincang nak gunakan wang royalti minyak supaya sampai kesetiap rumah orang miskin,

“tapi hari ini tuan-tuan mendengar, dikedai-kedai kopi orang kampong mendengar, Menteri Besar Terengganu dan Perdana Menteri bergaduh tentang Proton Perdana dan kereta Mercedes,” ujar Salahudin dalam ceramah yang diadakan di Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Jalan Kelantan dekat sini semalam.


Beliau berkata demikian dalam mengulas isu pertukaran kereta rasmi kerajaan Terengganu yang sehingga kini belum selesai dan menyifatkannya sebagai membuang masa dan memalukan Negara.

-sedutan B/Utama