Anak seni dan Pakatan Rayat

Sunday, April 12, 2009



Baru baru ini penyanyi terkenal Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K berkunjung ke Kelantan dan mengambil kesempatan mengunjungi Menteri Besar negeri itu Tok Guru Nik Ab.Aziz dipejabatnya. Dengan tersiar nya berita itu, pelbagai andaian dibuat, ada yg mengatakan pasangan itu menyertai PAS dan sebagainya. Setelah tersibar nya kesah kesah itu, Siti Nurhaliza dan suami menafikan sekeras keras nya tentang berita yang mengatakan beliau berdua menyertai parti itu.


Pada hari sabtu kelmarin 11/04/09 tiba giliran Army Search dan penyanyi Renggo dari kumpulan Arrow berkunjung ke Kelantan yang menerima undangan untuk membuat persembahan di Majlis Himpunan Belia sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Di majlis tersebut penyanyi Renggo menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tok Guru Nik Aziz. Army Search pula yang pernah beberapa kali bertemu Tok Guru Nik Aziz sama ada di Kuala Lumpur dan tanah suci Mekah, turut berkata beliau meminati Tok Guru, namun begitu beliau belum lagi tergerak hati nya untuk menyertai PAS.

Beliau perlu banyak berfikir dan mengkaji dari pelbagai sudut dan belum berhasrat lagi untuk bersama PAS, tetapi tidak mustahil ia terjadi, tambah nya. Persembahan kedua dua penyanyi turut di saksikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasmikan majlis tersebut merasa terharu dengan penghijrahan ramai artis - artis dan golongan seni yang mula meminati Islam dan memilih perjuangan PAS.

Sebelum ini ramai juga para artis secara terbuka menyatakan sokongan nya kepada parti Pas mahupun Pakatan Rakyat. Satu ketika dahulu Ito juga merupakan penyanyi utama kumpulan Blues Gang, menyatakan sokongan nya kepada Pakatan Rakyat dan pernah menyanyikan lagu "Keadilan" yang ditujukannya kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim. Rakan seangkatan nya Nasir Jani yang merupakan se orang pengarah filem, turut bersama mentakan sokongan nya. Beliau juga ada menerbitkan VCD kesah hidup Tok Guru Nik Aziz.

Se orang lagi bekas penyanyi kumpulan rock, The Riyadh. Beliau ini takperlulah nak diperkenalkan lagi dengan era parti Pas. Ustaz Akil Hayy merupakan penceramah bebas dan sudah sinonim dengan pergerakan parti ini. Kini beliau turut mengikat kontrak dengan sebuah badan penyeiaran utama, Astro. Selepas atau pernah menganggotai sebuah kumpulan rock satu ketika dahulu, kini Akil Hayy sering menerbitkan album yg berkonsepkan nasyid pula.

Seorang lagi bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers, Yassin telah menyatakan sokongan padu nya kepada Pakatan Rakyat dan secara terbuka menyatakan sokongan nya kepada PKR yang sudah sekian lama nya. Beliau juga mengadakan telah persembahan nya ketika berkempen di piliharaya kecil baru baru ini, di Simpang, Bukit Gantang. Dalam persembahan tersebut, beliau turut menyanyi bersama gandingan lamanya dalam kumpulan Brothers, Salleh dan penyanyi rap Akhbar. Azhan adalah johan dalam rancangan akedemik Nasyid, anjuran sebuah badan penyiaran di negara kita.

Azmil Mustafar bekas pelakun terkenal dan pernah berlakun bersama Ogy Ahmad Daud dalam filem Ali Setan, juga berjinak jinak dan beberapa kali telah berceramah di pentas PAS. Sekarang beliau dan keluarga menetap di Jordan untuk belajar dan sekali sekali pulang ke Malaysia untuk memenuhi undangan.

Ramai juga anak seni yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada PAS atau pun PKR, dan tidak kurang juga yang menyokong tetapi tidak secara formal atau terbuka berikutan dengan dengan beberapa sebab yang terpaksa di elakkan. Begitu juga dengan seorang penyajak terkenal, Dinsman dan pelukis kartun Zunar yang saban ketika melakarkan karya nya dan membuat pelbagai persembahan sajak di majlis majlis terbuka.

..dan ramai lagi yang turut bersama PR tetapi tidak secara terbuka, cukuplah menyokong dari belakang, kata beberapa orang artis tadi dan tidak mahu menyatakan siapa kerana 'bimbang' terhadap risiko yg akan dialami nanti.






post signature