PEWARIS menyambut cabaran GMI - debat

Friday, May 1, 2009



Sekali lagi kita di Malaysia khas nya, akan ‘dapat’ menyaksikan satu lagi titik pertemuan yang mana pandangan awal nya dikatakan debat yang merumuskan untuk menegakkan ISA atau tahanan tanpa bicara itu di adakan kerana untuk mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Majlis Permuafakatan Ummah atau PEWARIS telah menyahut cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) demi memperkatakan dengan kewujudan akta ISA itu dituntut oleh kesucian agama Islam atau sebalik nya.


Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), penyokong kuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyahut cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk berdebat tentang halal-haram akta kontroversi tersebut, dan PEWARIS baru baru ini bersuara mengatakan ISA itu adalah perlu wujud untuk mendaulatkan Islam.

PEWARIS juga meninginkan perkataan perdebatan itu di alih ke ‘perbincangan’ kerana untuk berbincang bukan untuk mencari kemenangan. Mengapa pula majlis pemufakatan ummah itu tidak mengata untuk mencari kebenaran? dan juga berkata yang PEWARIS itu hanyalah NGO saja tidak ada kena mengena dengan badan badan lain atau non partisan. ISA itu ciptaan siapa? bererti apabila menyokong konsep itu dah tentu menandakan ‘pewaris yang sama’. Membawa arak tetap juga berdosa walau pun tidak meminum nya.

Setakat ini saya masih lagi belum bertemu, mana mana ayat Al Quran dari semua surah yang ada yang bermaksud ‘menahan atau memenjarakan sesaorang dengan tanpa di bicarakan, adalah tuntutan Islam” maaf semua, jika saya tersilap dalam hal ini, pohon ampun dan minta di perbetulkan, na’uzubillah.

Berbalik semula kita kepada isu tadi, soal debat atau perbincangan yang sering di cetuskan dari sesuatu pihak sudah lama atau acapkali di perkatakan, untuk sama sama di realitikan amat sukar ianya berlaku. Tidak kira apa isu sekali pun, apatah lagi dalam bab bab yang berbau politik, satu satu yg pernah berjaya di adakan adalah debat di antara Anwar Ibrahim dengan Sabery Chik, itu cukup teliti di atur sehinggakan untuk menghadirkan diri pun kena di periksa seluruh badan mengalahkan cara untuk menaiki kapalterbang lagi.

Walau pun kedua dua belah pihak terlibat itu sudah bersetuju untuk berdebat tetapi bila sampai saat saat akhir ia nya gagal untuk diteruskan kerana ‘tok dalang’ akan pancung hasrat itu. Pekara ini sudah kerap berlaku kalau yang berjaya di adakan pun hanyalah perbincangan di TV 9 misal nya. Kerajaan sendirilah yang memainkan peranan nya sama ada untuk menjayakan atau sebaliknya, dan walau bagaimana pun kerajaan kita Malaysia pernah menjayakan satu perdebatan antara PAS dan UMNO beberapa tahun dahulu. syabas Malaysia, tetapi majlis perdebatan itu adalah lakunan UMNO sendiri atau lebih dikenali sebagai “Debat Olok Olok”.

Dalam majlis itu wakil ahli pena di pihak PAS diketuai oleh Ustaz Razali Losong, beliau ini pernah menjadi ahli PAS dan melompat ke UMNO suatu ketika dahulu, yang ‘pening’ nya dalam debat olok olok itu sendiri ia nya dimenangi oleh “PAS”.

Isnin lalu, GMI mencabar PEWARIS untuk berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak akta tersebut pada 9 Mei dengan cadangan tajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' yang dicadangkan di adakan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ, tetapi pihak PEWARIS pula ingin ianya di adakan di setesen radio BERNAMA, "Biar (rakyat) satu Malaysia boleh dengar," katanya

Saya rasakan seolah olah sudah mengetahui akan jawaban nya antara berjaya atau tidak majlis ini bakal dilaksanakan nanti, tidaklah begitu berperasangka buruk tetapi pengalaman sudah banyak mengajarkan. Namun begitulah se adanya, sama samalah kita perhatikan.
- tanjungjara