Blogawan Tubuh Sekretariat

Saturday, May 2, 2009

Sekretariat Blogawan (Blogger) Terengganu telah berjaya ditubuhkan dalam satu perjumpaan yang diadakan di sini semalam.Menurut jurucakap sekretariat blogawan yang menghantar e-mel kepada Buletinonline, seramai 21 orang blogawan telah hadir dalam perjumpaan tersebut termasuk lima blogger wanita.


Perjumpaan semalam telah bersetuju melantik 15 orang blogawan menerajui sekretariat yang diketuai oleh blogger Amdang81.Sekreatariat tersebut juga melantik beberapa blogawan menyandang jawatan utama dalam sekretariat tersebut.

Antara objektif utama penubuhan Sekretariat Blogawan Terengganu adalah untuk meletakkan seluruh blogawan dalam satu bumbung.

Selain itu sekretariat tersebut akan menjadi satu organisasi pertukaran maklumat dan ilmu serta berusaha menjaga kebajikan diantara blogawan.

Antara aktiviti awal yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan satu blog Kelab Blogger, mendaftarkan Sekretariat sebagai sebuah organisasi yang sah, menarik seramai mungkin blogawan menjadi dan mengadakan majlis sosial bertaaruf dan ber ‘Barbeque’ sambil bersantai.]

- by editor Buletinonline