Sebuah masjid akan dibina di hujung dunia

Thursday, September 16, 2010

Bandar Inuvik yang berhampiran dengan kutub utara

Seorang yg berasal dari Arab Saudi membuat cadangan untuk membangun sebuah masjid di kawasan bersuhu rendah di utara Kanada. Pembinaan masjid ini diharapkan mampu menampung komuniti Muslim yg tinggal di kawasan itu yang tidak memiliki tempat ibadah yang khusus. Masjid itu diberi nama 'Masjid Di Ujung Dunia'.

Kedudukan masjid ini tak jauh dari Bandar Inuvik, sebuah kota kecil yang jaranya 200 km dari kutub utara. Inuvik yang berarti 'tempat para manusia' ini didiami 3.700 orang di mana 75-80 dari mereka merupakan minority penduduk Muslim yang berasal dari Timur Tengah. Bandar Inuvik dikenali sebagai kota dengan harga barang barang keperluan nya termahal di dunia. Ini kerana jarak nya terlalu jauh dengan dunia luar yg lain.Ketika musim dingin, suhu kawasan itu tercatat minus 40 darjah.

Dana yang diperlukankan untuk membina masjid itu dijangkakan 750 ribu dollar Amerika. Perancangan nya, dana pembangunan itu akan dikumpulkan ketika Husein Saud Qasti, penggagas pembangunan masjid tiba di lokasi tersebut. Qasti yang beristrikan warga Manitoba, salah satu nama terkenal di Kanada, beliau merasakan betapa kaum minoriti Muslim di Inuvik itu memerlukan sebuah tempat ibadat yang baik.

Ramai juga warga komuniti Arab yang berada di Kanada dan seorang asal Iraqk, Ahmed al-Khalaf yang menetap di Inuvik. Salah seorang perempuan Saudi yang tidak mau disebutkan namanya turut menyumbang 190 dollar Setakat ini, dana yang dikumpulkan telah mencecah 500 ribu dolar AS. "Saya suka nama masjid ini," ujar Qasti bila di tanya berkenaan dengan nama yang diberikan kepada masjid itu.

Pembangunan kerangka masjid sudah dimulakan sejak April lalu. Pembangunan itu melibatkan kos dari Qasti dan Khalaf. Khalaf bertanggung jawab terhadap rekabentuk Setelah selesai bangunan berukuran 457 meter persegi ini bakal dilengkapi dengan menara, dan mimbar untuk imam.

Sebahagian besar Muslim di Inuvik berasal dari Sudan dan dari Mesir, Jordan, Lebanon, dan Palestin. Sepertiga Muslim Inuvik bekerja sebagai pemandu teksi, pemilik restoran, tukang gunting rambut, berniaga. Menurut cerita nya, pendatang Muslim pertama bernama Syrian Talal al-Khateeb yang tiba pertama kali 28 tahun lalu. – m/cahaya /repukblik